Saturday 5 December 2009
Cerita Satu (Bah 1)
Ismuni : Assalamualaikum ya akhi.
Mahasiswa baru : Waalaikum salam
Ismuni : Ana macam pernah kenal je enta. Maaf la lupa plk nama enta, apa ye?
Mahasiswa baru : Kita pernah jumpa ke?. Ana Ahmad bin Wahab
Ismuni : Pernah rasanya, tapi tak ingat di mana, oh yer.. Ahmad, baru ana ingat. Enta duk Perak kan?
Ahmad : haah ana duk Perak, macam mana us tau?
Ismuni : Kan kita ana cakap td, mcm pernah kenal.
Ahmad : Oh yer ker. Abang nama apa yer?.
Ismuni : Ana Ismuni, asal perak jugak di Changkat Jering.
Ahmad : Oh di Changkat Jering, tempat sorang adun lompat parti tu ye? mcm mana di sekrang? dengarnya orang ramai tak suka kat die?
Ismuni : Haah tempat tu la, maaf la dik, ana tak berapa setuju sangat dengan politik ni, kita selaku orang islam seharusnya menumpukan sepenuhnya macam mana nak eratkan ukhuwah islamiah sesama kita. Kadang-kadang kita lupa kita ni orang melayu, sepatutnya kita semua bersatu tak kira parti mana sekalipun.
Ahmad : Kirenya us tak setuju la dengan politik?
Ismuni : Ana bukan tak setuju, setuju je tapi, yang lebih utama sekarang adalah macam mana nak eratkan hubungan ukhuwah sesama melayu Islam. Tak kiralah UMNO ke PAS ke atau apa-apa parti sekalipun. Adik pernah dengar tak satu gerakan Islam namanya Ikatan Ukhuwah Sesama Muslim IUSM?
Ahmad : Tak pernah dengar lah us. Apa tu?
Ismuni : IUSM ni adalah gerakan islam yang berhubung terus dengan Ikhwanun Muslimunun (IM). Manhaj dan silibus IUSM ini telah disusun dengan teratut dari mereka. IM ini kan seperti kita tahun adalah gerakan pertama selepas lebih 20 tahun kejatuhan khalifah islamiah di turki. Jadi kita kena ikut sepenuhnya IM ni, tak blh buat manhaj sendiri.
Ahmad : Jadi, IUSM ni adalah gerakan terbaik la ye us? Ana tak pernah tahu pon?
Ismuni : Haah, ini adalah gerakan terbaik, kat Mesir ni IUSM ni ada. Dah berkembang di seluruh tempat. Adik nak join tak?
Ahmad : Kat Mesir ni ada? Tak pernah tahu pulak sblm ni. Yang sy tahu PMRAM, BKAN dan DPM jer.
Ismuni : Oh, PMRAME, BAKAAN dan DIPIMIM ni hanya persatuan mahasiswa je bukan gerakan Islam. Kalau adik tengok, dieorang ni asyik buat program je. IUSM ni, kalau adik join blh berhubung terus dengan IM kat sini. Kita akan dapat pengisian dari dieorang secara terus.
Ahmad : Sy ni us, masa awal-awal lagi BKAAN dah jemput sy kat airport. Sy rasa bersalah la klu sy ikut us.
Ismuni : Adik, kalau adik orang yang benar-benar nak pastikan Islam ni dijulang adik kena yakin dengan apa yang adik nak. Us blh tlg adik klu adik nak.
Ahmad : Us nak tlg mcm mn? Sy skrng duk ngan us-us kat BKAAN ni.
Ismuni : Tak pe, malam ni adik packing beg-beg adik us datang. Kita ke rumah us di Bawah Bahr di Haiya Usyar.
Ahmad : Ok lah kalau mcm tu. Sy tunggu us ye.
Ismuni : ok, berapa ye no tel adik?.
Ahmad : Ni no ana 0111111989.
Ismuni : Ok, terima kasih. Moga ukhuwah kita sentiasa dinaungi Allah.
Ahmad : Amin. :)
*segala nama dan tempat yang disebutkan mungkin tidak terdapat di Mesir.
sesibur : Habis sorang budak baru kena culik :(
Sunday 22 November 2009
JPMK DAN ISU KUTUB SITTAH
Perbincangan Isu Kutub Sittah
November 8th, 2009 | kebajikan | Umum | Respon»3 Nov 2009
Pengarah JPMK Dr Jamil Hashim telah mengadakan pertemuan dengan wakil PMRAM untuk berbincang bagi menyelesaikan isu pembacaan Kutub Sittah yang timbul baru-baru ini. PMRAM telah diwakili oleh saudara Adnan Wazir Pengerusi DESAK( Ad-hoc yang ditubuhkan oleh PMRAM bagi menangani isu Kutub Sittah), saudara Firdaus Madzlan, saudara Majdi Zakaria dan saudari Roslina Mohammad . Turut hadir dalam pertemuan tersebut beberapa pegawai JPMK dan JPA iaitu En Zulkifli Din (Atase Pentadbiran JPMK), Puan Latifah Saad (Penolong Akauntan JPMK), En Zainuddin Ab Rahman (Atase Kebajikan JPMK) dan En Muhamad Hazam Hajanan ( Pegawai Pendidikan dan Latihan JPA). Perbincangan terbuka selama satu setengah jam bermula jam 2.30 petang itu bertempat di Bilik Mesyuarat JPA Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Hasil perbincangan tersebut telah menjelaskan beberapa salah faham yang berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya ahli-ahli PMRAM berhubung reaksi JPMK terhadap program pembacaan hadis yang dirancang oleh PMRAM. Di akhir pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju secara rasmi untuk menamatkan isu berkenaan dan menganggap ianya sebagai penyelesaian terbaik demi kebaikan pelajar dan menjaga keharmonian hubungan di antara satu sama lain.
sumber : JPMK.INFO
-- > Pihak Desak sendiri menyatakan kepada JPMK bagi mengadakan perjumpaan bukan ia diadakan oleh JPMK. Kemudian DESAK ini bukan di bawah kendalian PMRAM tapi atas usaha sendiri mahasiswa/wi yang ahli PMRAM bagi menyatakan bantahan. Ini adalah perkara-perkara yang saya ingat apa yang dikomen oleh saudara Adnan Wazir selaku Pengarah DESAK. (sekiranya ada kesilapan mohon saudara adnan wazir dapat perbetulkan).
Apa yang menjadi kepelikan kepada saya, pihak JPMK dalam kenyataan ini telah menyatakan hasil perbincangan antara DESAK dan JPMK terhadap isu ini. Dalam kenyataan ini beliau menyatakan bahawa ada salah faham tetapi tidak dinyatakan secara jelas apa salah faham tersebut.
Kekeliruan juga timbul diakhir kenyataan ini, JPMK menyatakan kedua-dua pihak telah bersetuju secara rasmi bagi menamatkan isu ini. Saya masih tidak faham, kenapa JPMK boleh menyatakan demikian sedangkan DESAK bukan di bawah PMRAM. Kemungkinan kita boleh katakan secara rasmi dengan DESAK sahaja, namun dengan PMRAM masih lagi terikat kepada 3 tuntutan yang masih belum terlaksana.
Inilah beberapa kekeliruan yang terdapat di dalam kenyataan JPMK yang meragukan ini. Saya pasti pihak desak ada jawapannya terhadap isu ini. Namun ini hanyalah pandangan peribadi saya.
*Warna merah yang saya "highlight"kan merupakan kekeliruan yang timbul. Harap pihak DESAK dapat menjawab balik kenyataan daripada JPMK ini.
Laman yang boleh dilawati sebagai rujukan :-
1- www.pmram.org
2- http://desakjpmk.blogspot.com
3- http://jpmk.info
Sunday 15 November 2009
ISMA dan ASOBIAHnya
Hal yang berlaku secara jelas pada hari ini, memperlihatkan mereka duduk dalam kelompok asobiah (perkauman) sesama mereka sahaja. Lihat saja isu yang berlaku, sesiapa sahaja yang pernah belajar di sekolah-sekolan tajaan ISMA di Malaysia seboleh-bolehnya mereka akan di"tarik" sama ada dengan cara paksaan atau secara penipuan. Kes-kes yang berlaku memperlihatkan kepada kita bagaimana ISMA tidak dapat bercampur gaul dengan PMRAM, BKAN dan DPM. Siapa saja tajaan dari ISMA HARAM untuk mereka mendekati persatuan-persatuan lain. Inilah konsep asobiah qaumiyah yang dicanangkan oleh ISMA. Adik-adik baru belum pun sempat nak mengenali PMRAM, BKAN dan DPM sudah di bawa lari entah ke mana.
Golongan asobiah ini adalah mereka yang taksub dengan golongan mereka sendiri sehingga kesalahan sesama mereka disembunyikan. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud;
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempertahankan sukunya (keluarga) selagi tidak dalam perkara melakukan dosa (yang salah).” -(Riwayat Abu Daud).
Sabda Nabi SAW lagi, maksudnya; “Asobiah itu ialah jika kamu membantu kaum kamu di atas kezaliman.” (Riwayat Abu Daud).
ISMA dalam konteks ini, mereka hanya menumpukan golongan-golongan tertentu sahaja dalam menyebarluaskan dakyah dan fikrah-fikrah mereka. Jauh sekali bergabung dengan organisasi Islam yang lain dalam nak mencapai kesatuan dan titik persamaan dalam jemaah Islam itu sendiri.
Kita boleh melihat dan menilai bagaimana jijiknya ISMA ini sehingga sanggup mengadakan hubungan dua hala sama ada secara rasmi atau pun tidak dengan Nadi UMNO yang kita tahu jelas perjuangan mereka tersasar dari garis panduan jemaah Islam sebenar.
Penculikan, pengambilan secara paksaan, penipuan dan lain-lain bagi adik-adik baru yang mereka katakan adik-adik ini adalah sekufu (satu fikrah) dengan mereka menambahkan lagi sikap asobiah yang ada dalam persatuan mereka. Sikap asobiah ini sebenarnya menambahkan lagi perpecahan dan benci dikalangan sesama mahasiswa/wi di sini.
Hari ini kita lihat kewujudan ISMA seolah-olah ingin memberitahu kepada umum bahawa mereka juga mampu menjadi seperti PMRAM, BKAN dan DPM. Kalau PMRAM, BKAN dan DPM mampu melakukan jaulah dan rehlah, ISMA juga mampu malah lebih baik dari mereka. Kalau PMRAM, BKAN dan DPM mampu melakukan program-program ilmiah, riadah, tarbiyah, dan lain-lain, ISMA juga mampu melakukannya. Kalau PMRAM, BKAN dan DPM tiada, ISMAlah yang akan menggantikan tempat mereka. Ini adalah dakyah secara tersembunyi daripada ISMA. Walaupun tidak dizahirkan, namun segala aktiviti mereka dapat kita rasa dan kesan.
Hari ini kita lihat satu negara Haram telah ditubuhkan. Israel sebuah negara Haram yang diiktiraf oleh Amerika telah tertubuh walaupun menerima kutukan oleh sekelian negara-negara dunia yang lain. Namun, atas dasar mereka bersekutu dengan Amerika semua yang salah jadi benar dan betul belaka. Dakyah-dakyah serta fahaman-fahaman yahudi sudah mula disebarkan disegenap bumi palestin malah diserata dunia. Sejarah pengusiran mereka menjadikan mereka lebih taktikal dalam perancanaan dan gerakan mereka. Walaupun menerima kutukan dan penghinaan namun, Yahudi tetap dengan pendirian mereka sehingga kebanyakan negara-negara bawah taklukan Amerika mengiktiraf mereka serta menafikan hak Negara Palestin di sana.
Hari ini, satu sejarah telah berlaku di bumi Mesir.Kedatangan ISMA entah dari mana, tiba-tiba muncul dengan pengiktirafan dari JPMK sudah memberi seribu satu persoalan apa sebenarnya tujuan mereka bertapak dan mengiktiraf mereka adalah salah satu persatuan yang perlu wujud di sini?. Semua mahasiswa/wi di sini perlu mengiktiraf ISMA. Hari ini penolakan terhadap ISMA cukup jelas sekali. Namun ISMA dengan pendirian mereka berada di bawah taklukan dan penguasaan JPMK.. Dakwaan-dakwaan terhadap mereka, tidak dinafikan seolah-olah ingin memberi tahu kepada semua mahasiswa/wi di sini. Inilah perjuangan ISLAM sebenar. Cukuplah kita katakan mereka adalah agen pemecah, tiada langsung jawapan balas yang mampu mereka tangani. Cara mereka masuk ke bumi Mesir ini melalui jarum-jarum dan tusukan-tusukan tajam telah mengambarkan betapa licik dan halusnya perancangan mereka.
sesibur : banyak lagi harus diteliti pasal ISMA ni. JOM kaji sama-sama. Menyusahkan orang je ISMA ni.
sesibur : kekadang kita duk sibuk pasal ISMA ni sehingga kerja kita terbengkalai. Namun, mereka harus dihapuskan. Kenapa? harus dihapuskan?. Sebab mereka dah tersasar dari Gerakan Islam sebenar.
Friday 13 November 2009
Isu Yang Tak Sudah
Pertama, kita melihat beberapa kes kejadian berlaku melibatkan JPMK, sudah banyak penulis-penulis membahaskan berkenaan perkara tersebut. Namun, sehingga kini pihak yang terbabit tidak menyatakan sebarang komen berkenaan dua isu besar yang diterima. Kutub sittah dan juga kain rentang DESAK. Saya juga telah melihat beberapa isu besar yang sepatutnya dipandang serius oleh mahasiswa/wi di sini iaitu isu yang telah dikemukan oleh Mantan Pengerusi Zaqziq, isu berkaitan visa pelajar yang sengaja dilewat-lewatkan oleh pihak safarah. Isu ini agak kritikal dikalangan mahasiswa/wi di sini. Sehingga kebanyakan mahasiswa/wi di sini tidak mempunyai visa lebih dari 2 tahun. Bayangkan, kalau kita di Malaysia gelaran terbaik untuk kita adalah Pendatang Asing/ Pendatang Haram/ dan lain-lain istilah yang digunakan. Saya berharap ada beberapa pihak dapat mengenengahkan perkara ini sebaiknya.
Keduanya, ISMA yang tidak habis-habis mengangu-gugat persatuan-persatuan yang sudah sekian lama berada di sini. Sekarang merupakan fatrah pentauzi'kan mahasiswa/wi ke setiap muhafazah, ISMA tidak akan duduk diam. Beberapa alasan yang diberikan kepada setiap dpm untuk "mengambil" pelajar-pelajar baru. Bagaimana tarbiyah ISMA sebenarnya?. Kenapa, takut sangat ke fikrah-fikrah PMRAM masuk dalam minda mahasiswa/wi baru ni?. Pelajar-pelajar yang mereka target adalah yang pernah belajar di sekolah-sekolah didikan ISMA di Malaysia dahulu. Sampai saja di Mesir budak-budak baru yang tak kenal lagi dengan PMRAM terus saja di"tarik" untuk masuk ISMA. Ya Allah malu sungguh saya lihat "tarbiyah" ISMA seperti ini hasilnya?. Sangkin takutnya mereka dengan PMRAM pelbagai alasan mereka cipta, kekadang sehingga terpaksa menipu sekalipun mereka sanggup. Mereka-mereka yang pernah bersama dalam menangani masalah ISMA ini sahaja yang tahu bagaimana ISMA sebenarnya.
Ketiga, Saya sarankan kepada setiap DPM dan BKAN agar mengadakan satu taklimat khusus "Mengapa ISMA wajib ditolak". Kekadang ada dikalangan ahli tidak mengerti kenapa harus perangi ISMA. Mereka yang berada di comfort zone (zon selesa) tentu tidak merasa apa-apa. Hanya melihat dari jauh tanpa mahu membantu. Saya juga berharap agar isu ini juga harus di bawa ke pihak JPMK bagi menjelaskan suasana sebenar yang berlaku. Kemungkinan untuk JPMK berpihak kepada persatuan bawah jajahan beliau itu adalah perkara kedua. Apa yang penting kita mahu nyatakan kebenaran. Saya juga ingin memaklumkan kepada JPMK bahawa persatuan ISMA di bawah jajahan kamu ini sangat teruk dalam tindak tanduk mereka.
sesibur : kepada budak-budak ISMA, aku tak tahu sebab apa korang benci sangat pada PMRAM sehingga budak2 baru jadi mangsa supaya jauh dengan PMRAM. kolot betul la pemikiran korang.
sesibur : aku nasihatkan kepada budak2 ISMA sekalian check balik dengan orang-orang yang alim berkenaan wajar ke korang duduk menyemak kat bumi Mesir ni.?
sesibur : kalau korang betul-betul nak bawak ISLAM maka korang takkan takut nak berdepan dengan kebenaran. Kita bukan nak berjidal sampai pecah hati. Tapi berjidal bagi menentukan sapa yang benar dan sapa yang salah. Kalau ISMA benar..aku sendiri akan sokong ISMA jika sebaliknya, aku akan TENTAN ISMA HABIS-HABISAN.
Sunday 25 October 2009
ISMA TIDAK DIPERLUKAN DI BUMI MESIR INI
Pada awalnya saya mahu membiarkan sehingga ke angka 100 orang, namun blogger.com telah menghadkan sehingga hanya 70 sahaja boleh mengundi. Apa pun, ia adalah satu angka yang besar. Peratusan yang didapati sebanyak 94 % tidak bersetuju (tidak perlu) berbanding 5 % bersetuju (perlu) sudah cukup menggambarkan bahawa ISMA WAJIB GULUNG TIKAR.
ISMA yang bernaung di bawah JPMK pada hari ini dilihat sudah mati akal dengan penolakan daripada kebanyakan mahasiswa/wi di sini. Lihat saja Mesyuarat Agung Tahunan di BKAN-BKAN baru-baru ini jelas menunjukkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mahasiswa/wi terhadap ISMA itu sendiri. Kedapatan para bloggers juga menyuarakan pandangan dan reaksi mereka dengan kes-kes yang berlaku. Kes-kes yang berlaku dan sedang berlaku ini menyebabkan ISMA di pandang jijik dan hina. Keadaan mereka yang juga sudah tersasar dari "ajaran" sebenar ISMA dengan bersatu tenaga bersama Nadi UMNO telah menaikan lagi rasa amarah di kalangan mahaiswa/wi.
Pada hari ini juga kita lihat, ISMA sudah menjadi "bisu", isu-isu semasa yang berlaku di sekitar bumi Mesir ini tidak dapat mereka lontarkan pandangan dan pendirian mereka. Lihat saja isu kutub sittah, tiada satu kenyataan apa pun dari mereka. Mungkin mereka akan kata "ini bukan urusan kita (ISMA)" atau kemungkinan disebabkan penaung mereka JPMK, lidah mereka menjadi "bisu dan kelu" terkunci rapat tidak dapat berkata apa-apa. Isu-isu yang sebelum ini juga tidak pernah dan tidak dapat mereka rungkaikan dalam kenyataan-kenyataan rasmi mahupun tidak rasmi.
Kalaulah benar momokan bahawa mereka hebat dalam tarbiyah, isu ini tidak akan timbul. Mana mungkin sebuah persatuan yang mengaku hebat dalam tarbiyah boleh berkata dalam keadaan semua isu yang berlaku mereka hanya berdiam diri seolah-olah mereka sememangnya mengaku ini semua kerja mereka. Mana tarbiyah yang kamu (ISMA) war-warkan?. Inikah yang dikatakan PERJUANGAN?. Inikah dikatakan PERSATUAN ISLAM?. Patutlah kamu ditolak oleh kebanyakan mahasiswa/wi di sini. Sebenarnya tarbiyah kamu (ISMA) adalah momokan dan retorik semata-mata.
Sesibur : ISMA-ISMA, bilalah kalian akan sedar?. Tak nampak ke apa yang berlaku?. Moga ALLAH kurniakan hidayah kepada kalian agar dapat menerima apakah itu gerakan Islam yang sebenar. Saya cadangkan sekiranya kalian sememangnya mahu menyatakan kebenaran bahawa ISMA adalah gerakan sebenar dan paling tepat di Mesir ini, adakah satu perdebatan/perbincangan ilmiah dengan persatuan/gerakan-gerakan lain di bumi Mesir ini. Saya pasti, kebenaran akan terserlah dan kebatilan akan tersingkap. Jangan takut sekiranya kalian mengaku kalian adalah BENAR dan TIDAK SALAH.
Sesibur : Kekadang ada diantara mereka (AHLI ISMA) takut nak keluar ISMA, sebab katanya dah ter"ikat" (baiah). Rasa berdosa kalau keluar dari "baiah" ISMA ni, seolah-olah macam keluar dari ISLAM ke?. Korang ni lagi berdosa kalau duk bergelumang dengan perbuatan-perbuatan jahat ISMA ni. Jangan rasa takut kalau mahukan kebenaran tetapi takutlah sekiranya bersama dengan kejahatan.
Sesibur : Saya cadangkan pada blogger-blogger lain, cuba buat POLL pulak pasal JPMK ni, cth "Prof Jamil Perlu Letak Jawatan" cth Jawapan " Perlu, Tidah Perlu, Ikut Dia Lah". Ini hanya cadangan kepada mana-mana blogger supaya kita dapat lihat bagaimana stiuasi ahli terhadap perkara-perkara seperti ini.
Sesibur : Untuk posting terbaru e-ZOO saya rasa sudah ramai blogger-blogger dan mahasiswa/wi menjawab isu tersebut dan mengetahui tentang isu kutub sittah ini.
Friday 16 October 2009
Ezo Mengelabah.
Diantara kenyataan beliau :-
Jika persatuan baru,saya tidak bermasalah kerana bagi saya percambahan persatuan maasiswa adalah POSITIF.Namun,yang saya khuatir,apakah persatuan berkenaan DISAHKAN oleh KEDUTAAN MALAYSIA di Mesir?sesibur : Saya juga menyokong berbilang-bilang persatuan, tetapi bilamana ianya di bawah satu persatuan induk, ianya akan jadi POSITIF sekiranya tiada berlaku perpecahan, mempunyai hadaf dan dasar yang sama. Bergerak dengan tema satu fikrah satu amal. Boleh buka mana-mana kitab pasal taadud jamaah ni. Apakah semua persatuan di Mesir ni perlu mendapat pengiktirafan dan disahkan oleh JPMK?. Apa tugas JPMK di sini? nak Sahkan persatuan2 ke?. Cuba tgk balik apa gerak kerja JPMK sebenarnya.
saya ingin menyenaraikan bidang Tugas JPMK di sini :-
Antara perkhidmatan yang ditawarkan;
- Permohonan Terjemahan Pengesahan Pengajian (Tasdiq Kuliyyah)
- Permohonan Terjemahan Pengesahan Keputusan Pengajian (Kashfu Natijah)
- Permohonan Terjemahan Sijil Sementara Tamat Pengajian (Shahadah Muaqqatah)
- Permohonan Terjemahan Ijazah Tamat Pengajian (Shahadah Asliyyah)
- Permohonan Kad Pelajar JPMK
- Permohonan Surat Mohon Maaf Lewat Memperbaharui Visa (Surat I’tizar)
- Permohonan Surat Sokongan Untuk mendapatkan bantuan
- Permohonan Borang Nikah
- Permohonan Tandatangan Pegawai pada Dokumen atau Surat (Pengesahan & Cop)
- Permohonan Menginap Di Dewan Malaysia
- Permohonan Surat Mohon Lesen Kereta dan Motor (Rukhsah Qiyadah)
- Permohonan Menggunakan Kemudahan Dewan Malaysia (Dewan, Bilik Mesyuarat, Bilik Gimnasium, Surau, dan Dataran)
- Permohonan Tandatangan Pengarah JPMK pada Sijil Program
- Permohonan Peruntukan Untuk Program/Aktiviti/Kegiatan Pelajar
- Permohonan Bantuan Tabung Kecemasan JPMK.
Pada item 10 dan 12, ARMA BUKAN hak milik kerajaan Malaysia. (sila rujuk geran tanah sebenar ARMA-cuba buktikan ARMA milik JPMK).
Item 12 pula fokus pada dataran ia adalah tanah yang dibeli dari perkongsian keempat-empat buah negeri (BUKAN JPMK), turapan simen dari negeri Selangor (BUKAN JPMK). Hanya kerana Cik Idris yang minta (tanpa persetujuan negeri-negeri lain) kepada JPMK utk diuruskan.
Sebagai seorang mahasiswa tajaan seperti MARA,JPA dan agensi lain,kehadiran ke majlis anjuran persatuan yang tidak diiktiraf kedutaan Malaysia akan membawa kepada tindakan disiplin.Maka saya membuat siasatan terperinci dan befikir apakah perlu saya hadir?Sesibur :Tindakan disiplin yang biasa dilakukan oleh mereka adalah PENARIKAN BIASISWA. Momokan ini sering kita dengar walhal perkara ini tidak bersabit UNDANG-UNDANG di Malaysia. Tiada peruntukan Undang-Undang Malaysia yang TIDAK MEMBENARKAN mahaiswa/wi luar negara berpolitik, terlibat dengan persatuan yang kononnya TIDAK DIIKTIRAF oleh JPMK/Kedutaan. Inilah ugutan-ugutan yang direka-reka oleh pihak-pihak tertentu dalam nak meneggelamkan minda mahasiswa/wi. Bila kita bicarakan berkenaan mahasiwa/wi terlibat dengan Nadi UMNO ia diBOLEHkan walhal jelas ini persatuan politik. Tetapi atas nama PENGIKTIRAFAN JPMK/Keduataan semuanya boleh.
Akhirnya maklumat saya terima.Tiada pendaftaran persatuan baru di JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK).Ini bermakna kewujudan persatuan baru ini tidak diiktarf oleh KEDUTAAN.
Saya mendapat maklumat bahawa program malam tersebut akan dibuat di DATARAN HAYYU ASYIR walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak kedutaan.Sesibur :Boleh rujuk jawapan saya pada isi sebelum ini berkenaan dataran.
SUARA PROKSI PMRAM DAN PASSesibur : Si ezo ni masih lagi nak kaitkan SUARA ni dengan PMRAM. Secara jelas pengerusi majlis mengatakan ia tiada kait mengait dengan PMRAM. Ketakutan si ezo ini menyebabkan dia dengan selamber menuduh tanpa bukti. Program ini seperti yang diberitahu oleh pengerusi majlis adalah bagi menjelaskan isu-isu semasa di Malaysia yang tidak terdapat di dalam akhbar-akhbar dan media massa kerajaan.
Dari pemerhatian kasar, saya dapati SUARA ini adalah merupakan PROKSI baru PAS dan PMRAM.Ini adalah kerana program pertamanya diisi oleh dua orang yang terang-terangan mempunyai kaitan langsung dengan PAS sebuah parti pembangkang di Malaysia.
Pengerusi majlis menyebut dengan jels nama dan jawatan kedua-dua penceramah tersebut dengan peranan mereka dalam Parti Islam Semalaysia (PAS).Sesibur : Adakah salah menyebut jawatan parti bagi kedua-dua panelis tersebut?. Ezo nampaknya terlalu takut dengan nama PAS yang disebutkan dalam majlis tersebut. Kita lihat rombongan daripada kerajaan HARAM negeri Perak baru-baru ini bukan hanya sema-mata datang atas tiket kerajaan negeri malah membawa sedikit souvenir UMNO kepada mahasiswa/wi ini tidak pula dibangkitkan?. Saya mengajak saudara ezo untuk lebih berfikiran terbuka. Jangan terlalu takut dengan pihak yang menentang saudara. Saya juga tidak ada masalah sekiranya jawatan daripada deligasi UMNO (bukan kerajaan) disebut dan dinyatakan di dalam dialog-dialog mereka.
Ini berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah beberapa hari sebelum itu, majlis ramah mesra bersama YB Dato' Mustapha Muhammad,menteri Perdagangan antarabangsa dan industri.Beliau datang ke Mesir dalam rangka kerja hubungan dua hala perdagangan antara Malaysia di Mesir.
YB Dato' Mustapha Muhammad mengadakan majlis ramah mesra bersama mahasiswa Malaysia di Mesir pada 6 Oktober atas nama Menteri kabinet dan bukan atas nama AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO walaupun itulah jawatan beliau dalam parti.
Maka majlis pada 6 Oktober sungguh berbeza dengan majlis yang dianjurkan oleh SUARA pada 11 Oktober 2009.Jelas lagi tersuluh,majlis pada 11 Oktober anjuran SUARA itu adalah majlis POLITIK secara terang-terangan.Bukan itu sahaja,ianya adalah ceramah politik PEMBANGKANG yng menjadikan mahasiswa Mesir sebagai sasaran utama mereka.Mahsiswa harus sentiasa diganggu oleh mereka kerana agenda melebarkan pengaruh pembangkang dengan menggunakan ISLAM dan ayat-ayat suci al quran dan hadith adalah tugas lebih sesuai peranan tersebut dijalankan oleh lepasan Al Azhar.Sesibur : Dalam ucapan kedua-dua panelis hanya menyatakan apa yang benar, sekiranya hendak diterima atau tidak, terpulang kepada audience yang mendengar. Saya juga melihat tiada satu pon BORANG KEAHLIAN PAS diedarkan di dalam majlis tersebut. Berbeza dengan satu lagi pertubuhan persatuan di sini, borang PARTI POLITIK mereka diedarkan dengan lambaknya. Kalau dulu isi borang dan jadi ahli dapat USD 100, itu dulu, sekarang saya tidak tahu apakah keistimewaan itu diberikan atau tidak. Mereka buat tiada salahnya, tetapi bila kita nak sampaikan KEBENARAN mereka takut seperti tikus yang lari terkencing-kencing dikejar kucing. Saya hanya mendengar pandangan daripada pihak-pihak panelis berkenaan isu-isu yang kita sendiri sudah maklum (bagi mereka yang mengikuti perkembangan). Apa yang mereka maklumkan sekiranya salah dan bertentangan sila nyatakan dan dakwa mereka.
SUARA juga bagi saya adalah proksi PMRAM.Ini adalah berdasarkan petugas-petugas yang bertugas pada hari tersebut adalah orang yang ada kaitan dengan PMRAM.Sesibur : Apakah kita nak kaitkan orang yang ada kaitan dengan PMRAM, jadi program ini ada kaitan dengan PMRAM?. Saya juga ingin mengaitkan saudara dengan PMRAM kerana kalau saya membaca entri saudara sebelum ini saudara MENGAKU ada KAD PMRAM. jadi saya nisbahkan Nadi UMNO juga bawah PMRAM. Adilkah begitu?. PMRAM tidak pernah buat kenyataan , malahan tidak kedapatan banner-banner atau banting, atau apa-apa saja yang menunjukkan ia adalah program PMRAM. Persatuan ada protokolnya nak mengadakan sesuatu program. Mungkin Nadi UMNO tidak pernah tahu berkenaan protokol dan prosedur bagi sesebuah persatuan. Apa yang mereka tahu, ada duit program berjalan, ada imbuhan semua beres.
Apakah status sebenar FAUZAN dalam JAIS di Bahagian Dakwah berkenaan? Pegawai kontrak S41? atau pegawai "POLITIK PAS" dalam bahagian dakwah JAIS? Apakah JAIS telah dipolitikkan? Bukankah tindakan menggunakan nama PAS dalam ceramah pada 11 Oktober berkenaan adalah salah sebagai seorang penjawat awam?Sesibur : kuasa memecat terletak pada SPA atau JPA dan bukannya JAIS atau pak-pak menteri. Tp, biasanya org2 yg menjadi menteri ni adalah org2 yg aktif berpolitik, dan biasanya org2 yg aktif berpolitik ini terutamanya pihak2 atasan. Bagi menteri-menteri yang juga merupakan pejawat awam kelas A juga pernah melontarkan idea agar mereka boleh berpolitik sebagai contoh ucapan dan cadangan dari UMNO sendiri :-
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Johor, Abdul Halim Suleiman yang mahu memohon kelonggaran agar pegawai kumpulan A aktif dalam politik ia dianggap sebagai salah satu langkah untuk memberi nafas baru kepada Umno - April 15, 2008- .
Begitu juga DATUK Hishammuddin Tun Hussein pada pemilihan UMNO baru-baru ini memberi kejutan apabila beliau mengetengahkan saranan agak kontroversi. Beliau mencadangkan agar guru-guru dibenarkan berpolitik.- April 02, 2009.
Saya ingin mengingatkan saudara, JAIS tidak ada kait mengait dengan GERAKAN SUARA ini. Us Fauzan berucap atas stand peribadi tidak pernah mengaitkan kedatangannya dengan JAIS.
Isu pertama berkisar tentang peribadi YAB Perdana Menteri.Sebenarnya,bagi pembangkang,siapa pun jadi perdana menteri pasti busuk,loya,tidak layak bagi mereka.......bla..bla..Sesibur : Isu ALTANTUYA, tidak perlu saya mengulas panjang sahabat-sahabat boleh buat kajian sendiri. GOOGLE. Isu ini dibangkitkan bukan saja di dalam negara kita Malaysia malahan di luar negara juga. Saya sarankan TANGKAP mereka-mereka yang menyabitkan Najib dengan isu ini. Biar mereka berdebat dikandang2 pengadilan.
Isu SATU MALAYSIA juga dibangkitkan oleh Farhan.Satu Malaysia adalah GAGASAN KERAJAAN bukannya dasar.Memang menjadi adat apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan akan dinilai negatif oleh pihak pembangkang.Politik persepsi tidak boleh diterima dan sewajarnya kita meniliti sejauh mana positif dan negatif gagasan ini.Sesibur :ONE MALAYSIA (Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan) bila kita kata pembangkang, maka secara teorinya mereka akan menilai kemudian apa yang tidak kena akan dibangkang. Persoalannya apakah GAGASAN ini benar-benar terjadi?. adakah Rakyat didahlukan dan pencapaian diutamakan ini benar-benar dilakukan oleh kerajaan?. Jawablah sendiri, isu mahasiswa/wi di sini pon kita boleh lihat tak perlu tengok apa yang berlaku di Malaysia. Saya dan mahasiswa/wi di mesir ini sangat mengalu-alukan kedatangan Kerajaan BN bagi menjelaskan apakah itu GAGASAN ONE MALAYSIA ini. Saya pasti banyak persoalan akan ditimbulkan.
KERAJAAN BN harus segera ke Mesir menyatakan gagasan SATU MALAYSIA.Jika tidak,ianya akan dimanipulasi oleh pembangkang semaksima mungkin.
Isu ARAK diputar belit oleh FAUZAN,kononnya kerajaan BN tidak pernah perihatin isu ARAK.Hairan,enakmen berkenaan pengharaman jualan arak secara terbuka di zaman siapa? Bukankah ianya di zaman BN?
Ronnhie LIU yang sepatutnya dihentam dalam isu arak! bukan BN! Fauzan hanya menegakkan benang yang basah.Penjualan ARAK secara terbuka telah berlaku di Selangor dan PAS tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengiakan apa yang MAJORITI PKR dan DAP dalam pakatan mahukan.PAS hanya pelengkap kauasa bukan MEMERINTAH.Kalau berkuasa,pasti,Kilang ARAK di Shah Alam telah ditutup kerana itulah apa yang telah disuarakan oleh mereka sebelum memerintah dahulu.Sesibur : Takutnyalah ezo ni dengan kebenaran, isu ini dah selesai (sila rujuk Malaysia Today), malahan kalau saudara nak tahu sebenarnya UMNOlah punca masalah arak di selangor ni.
Fauzan,membangkitkan isu GENTING HIGHLAND kononnya tempat tersebut lebih besar dan pusat perjudian! hari ini bercakap demikian,katakan PAHANG diperintah oleh PR,apakah mungkin GENTING HIGHLAND ditutup?Sesibur : Saya juga mahu bertanya yang mana pada masa sekrang UMNO BN memerintah negeri Pahang apakah mungkin GENTING HIGHLAND ditutup?. Setidak-tidaknya PR tidak menyokong dan berusaha ke arah mahu menutup perkara-perkara haram ini. Tetapi UMNO walaupun sudah lebih 50 tahun tidak ada usaha untuk ke arah itu malah lebih membanyakan dan menggalakkan perkara-perkara haram ini sehingga dibangkitkan dalam Parlimen baru-baru ini.
Situasi hari ini meyakinkan saya,tindakan Al Azhar tidak masuk campur dalam isu PENGHARAMAN PARTI BERASASKAN AGAMA di Mesir adalah benar dan betul.Terlampau yakin sesuatu kumpulan itu berada di pihak yang HAK,sampai orang DAP membaca ayat AL Quran pun dikatakan benar dan betul malah dipuji.Apakah mereka yang merasakan dirinya di pihak hak itu tahu,orang YAHUDI ramai yang tahu baca AL QURAN bahkan mengetahui isi kandungannya dengan tepat seterusnya memutar belitkan tafsirannya untuk kepentingan mereka?Sesibur : DAP baca quran salah ke?. Kat negara-negara lain non muslim baca Quran tak da pulak sampai keluar kenyataan Haram.Boleh lihat sendiri di Mesir ini. Apakah tafsiran yang mereka keluarkan salah?. Saya yakin saudara seorang yang faham dengan bahasa arab dan saya minta agar saudara keluarkan penafsiran yang DIKATAKAN SALAH itu. Nyatakan yang Hak dan jangan sembunyikan. Kemungkinan kami juga terlepas pandang berkenaan hal ini. Tetapi tiada salahnya saling tegur menegur. Jangan jadi ulama' yang dipolitikkan. Bila nampak benda Hak takut nak nyatakan. Saudara ezo, jangan jadi tungangan dunia, jangan jadi tungangan orang yang beragama tetapi mencerca dan menghina agama mereka sendiri. Jadilah manusia yang berpendirian, ISMA pon ok, UMNO pon ok. Mana satu hala tuju dan pendirian saudara.?
Sesibur : Inilah sikap seorang penuntut ilmu yang SANGAT TAKUT dengan kebenaran. Mereka-mereka ini seboleh-bolehnya ingin meneggelamkan SUARA KERAMAT mahasiswa/wi terutamanya di bumi Mesir ini. Cukuplah apa yang mereka lakukan terhadap kita (pada entri sebelum ini telah dinyatakan). Mahasiswa/wi sekarang bukanlah seperti lembu yang dicucuk hidung boleh dibawa ke mana-mana saja. Tetapi mahasiswa/wi sekarang sudah dapat menilai mana yang HAK dan mana yang BATIL. Jadilah mahasiswa/wi yang terbuka mindanya bukan tertutup rapat sehingga isu-isu mahasiswa terutamanya diketepikan dan isu-isu negara Malaysia tidak diendahkan.
Thursday 15 October 2009
ISMA vs PAS
Dalam program yang dianjurkan ini, saya tertarik dengan dua penceramah undangan iaitu Ustaz Fauzan (angah) dan Us Taib Azamuddin. Mereka berdua telah menceritakan peranan mahasiswa/wi dalam membentuk sebuah negara Islam di Malaysia nanti. Perkara lain yang juga disebutkan oleh mereka adalah PMRAM. Mahasiswa/wi di sini harus mendokong dan menyokong PMRAM sebagai sebuah persatuan pelajar di sini. Beliau juga menyatakan "ada persatuan-persatuan lain cuba masuk campur dalam isu kedatangan mahasiswa/wi baru di sini (tak tau la persatuan mana, pikir2 la)". Kalau kita lihat sebelum ini Dr Hassan Ali juga meminta seluruh mahasiswa/wi di bumi Mesir ini membantu dan menyokong PMRAM ramai lagi pimpinan-pimpinan daripada PAS dan bekas pimpinan PMRAM di sini meminta agar kita mendokong dan menyokong PMRAM. Mesej ini jelas kepada kita, persatuan lain adalah tertolak sama sekali. Apakah mesej ini masih kurang jelas?. Kenapa ISMA, ABIM, JIM, dan lain-lain persatuan yang menyatakan mereka menyokong PAS tetapi tidak akur dengan permintaan daripada pimpinan mereka sendiri. Saya akur, disebabkan ramai pimpinan-pimpinan PAS menyatakan agar mahasiswa/wi di sini menyokong PMRAM seolah-olah meletakkan PMRAM sebagai sebuah agen Pembangkang. Ini adalah dakwaan-dakwaan yang jauh tersasar. PMRAM membawa wadah Al-Quran dan As-Sunnah, berkecimpung dalam dunia organisasi kepimpinan, perkara ini saya rasakan amat digeruni oleh kerajaan. Seolah-olah apabila pulangnya mahasiswa/wi yang mengaji agama di sini ditambah pula aktif dalam persatuan akan memberi impak yang besar kepada kerajaan. Walhal perkara ini seharusnya kerajaan memandang dengan positif sekiranya mahukan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai ulama' yang bukan sahaja mahir dalam bidang agamanya malah mahir dalam bidang pengurusannya. Ramai daripada pimpinan kerajaan pada masa ini kita lihat adalah bekas daripada pimpinan-pimpinan mahasiswa/wi satu ketika dahulu.
Isu ARMA. PMRAM yang sekian lama ditubuhkan di sini juga diberi keistimewaan pemberian tanah di ARMA. Tidak pernah mana-mana negara mendapat milikan tanah secara percuma daripada kerajaan sesebuah negara termasuk di Malaysia. Keistimewaan ini telah dinafikan hak oleh kerajaan Malaysia. Satu tindakan yang sangat jahat dan busuk daripada kerajaan dalam mencampuri urusan ARMA ini dengan rampasan yang tidak bermoral.
Hari ini juga kita melihat pihak kerajaan menyekat kedatangan mahasiswa/wi ke Al-Azhar, pihak Pakatan Rakyatlah telah banyak membantu dan menyuarakan rasa tidak puas hati berkenaan perkara ini. Perkara ini juga menyebabkan mahasiswa/wi kita begitu muak dan tidak senang hati dengan tindakan kerajaan berkenaan hal ini. Siapa yang memulakan rasa benci kepada kerajaan?. Kalaulah kerajaan menitik beratkan hal ehwal mahasiswa/wi Al-Azhar terutamanya hal ini tidak akan berlaku sama-sekali. Berkenaan biasiswa juga bermasalah, tidak perlu saya ceritakan. Berkenaan isu Nadi UMNO juga mendatangkan masalah yang sama, kerajaan meminta agar mahasiswa/wi tidak berpolitik tetapi sebaliknya berlaku. Perkara-perkara menekan kepada mahasiswa/wi Al-Azhar ini menampakkan dan menambah rasa benci dan muak kepada kerajaan.
Sahabat-sahabat daripada ISMA, saya menyeru apakah kalian masih lagi bergegang teguh dengan "agama ISMA" kalian? tidak nampakkah mesej-mesej daripada pimpinan di Malaysia?. Apakah kalian juga merupakan agen UMNO sehingga mesej-mesej daripada pimpinan PAS diketepikan?. Sikap yang kalian lakukan pada hari ini jelas menunjukkan tersasarnya hadaf dan tujuan yang diminta oleh Islam itu sendiri. Saya masih lagi bingung kenapa ISMA ditubuhkan walhal PMRAM sebagai proksi utama telah ada. Saya yakin sekiranya wadah Al-Quran dan As-Sunnah yang kalian dokongi, perkara seperti sekarang ini tidak akan terjadi. Kalaulah kalian masih tidak mempercayaai kalam-kalam mahasiswa/wi di sini tidak mengapa, tetapi kalam-kalam daripada ulama'-ulama di Malaysia(pimpinan PAS) dengan jelas telah disampaikan. Fikir-fikirkan lah. PMRAM dengan sikap terbukanya tidak akan menolak kalian sekiranya PMRAM sebagai organisasi Islam yang perlu diletakkan intima' wala' sepenuhnya. Soal kesatuan adalah perkara utama dalam sesebuah organisasi. Moga-moga Allah menjadikan kita daripada kalangan mereka yang faham dengan sebenarnya mana satu organisasi atau persatuan Islam yang sebenar di bumi Mesir ini. Amin..ya rabbal a'lamin.