Sunday 22 November 2009

JPMK DAN ISU KUTUB SITTAH

Sekiranya kita menelusuri sebuah laman web milik jpmk. Maka, di situ telah ada jawapan balas berkenaan Isu Kutub Sittah. Saya "paste"kan jawapan balas daripada JPMK sendiri :-

Perbincangan Isu Kutub Sittah

November 8th, 2009 | kebajikan | Umum | Respon»

3 Nov 2009

Pengarah JPMK Dr Jamil Hashim telah mengadakan pertemuan dengan wakil PMRAM untuk berbincang bagi menyelesaikan isu pembacaan Kutub Sittah yang timbul baru-baru ini. PMRAM telah diwakili oleh saudara Adnan Wazir Pengerusi DESAK( Ad-hoc yang ditubuhkan oleh PMRAM bagi menangani isu Kutub Sittah), saudara Firdaus Madzlan, saudara Majdi Zakaria dan saudari Roslina Mohammad . Turut hadir dalam pertemuan tersebut beberapa pegawai JPMK dan JPA iaitu En Zulkifli Din (Atase Pentadbiran JPMK), Puan Latifah Saad (Penolong Akauntan JPMK), En Zainuddin Ab Rahman (Atase Kebajikan JPMK) dan En Muhamad Hazam Hajanan ( Pegawai Pendidikan dan Latihan JPA). Perbincangan terbuka selama satu setengah jam bermula jam 2.30 petang itu bertempat di Bilik Mesyuarat JPA Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Hasil perbincangan tersebut telah menjelaskan beberapa salah faham yang berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya ahli-ahli PMRAM berhubung reaksi JPMK terhadap program pembacaan hadis yang dirancang oleh PMRAM. Di akhir pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju secara rasmi untuk menamatkan isu berkenaan dan menganggap ianya sebagai penyelesaian terbaik demi kebaikan pelajar dan menjaga keharmonian hubungan di antara satu sama lain.

sumber : JPMK.INFO

ini adalah Jawapan balas JPMK kepada seluruh mahasiswa/wi di bumi Mesir ini. Pada awal posting tentang isu ini, terdapat komen dari Adnan Wazir selaku Pengarah Desak. Namun, amat malang pada hari semalam ketika saya mengakses laman tersebut, sudah tiada lagi komen yang telah di"submit"kan oleh saudara Adnan Wazir. Antara butiran yang saya ingat adalah,

-- > Pihak Desak sendiri menyatakan kepada JPMK bagi mengadakan perjumpaan bukan ia diadakan oleh JPMK. Kemudian DESAK ini bukan di bawah kendalian PMRAM tapi atas usaha sendiri mahasiswa/wi yang ahli PMRAM bagi menyatakan bantahan. Ini adalah perkara-perkara yang saya ingat apa yang dikomen oleh saudara Adnan Wazir selaku Pengarah DESAK. (sekiranya ada kesilapan mohon saudara adnan wazir dapat perbetulkan).

Apa yang menjadi kepelikan kepada saya, pihak JPMK dalam kenyataan ini telah menyatakan hasil perbincangan antara DESAK dan JPMK terhadap isu ini. Dalam kenyataan ini beliau menyatakan bahawa ada salah faham tetapi tidak dinyatakan secara jelas apa salah faham tersebut.

Kekeliruan juga timbul diakhir kenyataan ini, JPMK menyatakan kedua-dua pihak telah bersetuju secara rasmi bagi menamatkan isu ini. Saya masih tidak faham, kenapa JPMK boleh menyatakan demikian sedangkan DESAK bukan di bawah PMRAM. Kemungkinan kita boleh katakan secara rasmi dengan DESAK sahaja, namun dengan PMRAM masih lagi terikat kepada 3 tuntutan yang masih belum terlaksana.

Inilah beberapa kekeliruan yang terdapat di dalam kenyataan JPMK yang meragukan ini. Saya pasti pihak desak ada jawapannya terhadap isu ini. Namun ini hanyalah pandangan peribadi saya.

*Warna merah yang saya "highlight"kan merupakan kekeliruan yang timbul. Harap pihak DESAK dapat menjawab balik kenyataan daripada JPMK ini.

Laman yang boleh dilawati sebagai rujukan :-
1- www.pmram.org
2- http://desakjpmk.blogspot.com
3- http://jpmk.info

Sunday 15 November 2009

ISMA dan ASOBIAHnya

Saya ingin mengupas sedikit sebanyak berkenaan perangai ISMA yang masih lagi tidak sudah-sudah dengan ketaksuban mereka pada jemaah mereka.

Hal yang berlaku secara jelas pada hari ini, memperlihatkan mereka duduk dalam kelompok asobiah (perkauman) sesama mereka sahaja. Lihat saja isu yang berlaku, sesiapa sahaja yang pernah belajar di sekolah-sekolan tajaan ISMA di Malaysia seboleh-bolehnya mereka akan di"tarik" sama ada dengan cara paksaan atau secara penipuan. Kes-kes yang berlaku memperlihatkan kepada kita bagaimana ISMA tidak dapat bercampur gaul dengan PMRAM, BKAN dan DPM. Siapa saja tajaan dari ISMA HARAM untuk mereka mendekati persatuan-persatuan lain. Inilah konsep asobiah qaumiyah yang dicanangkan oleh ISMA. Adik-adik baru belum pun sempat nak mengenali PMRAM, BKAN dan DPM sudah di bawa lari entah ke mana.

Golongan asobiah ini adalah mereka yang taksub dengan golongan mereka sendiri sehingga kesalahan sesama mereka disembunyikan. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud;

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempertahankan sukunya (keluarga) selagi tidak dalam perkara melakukan dosa (yang salah).” -(Riwayat Abu Daud).

Sabda Nabi SAW lagi, maksudnya; Asobiah itu ialah jika kamu membantu kaum kamu di atas kezaliman.” (Riwayat Abu Daud).

ISMA dalam konteks ini, mereka hanya menumpukan golongan-golongan tertentu sahaja dalam menyebarluaskan dakyah dan fikrah-fikrah mereka. Jauh sekali bergabung dengan organisasi Islam yang lain dalam nak mencapai kesatuan dan titik persamaan dalam jemaah Islam itu sendiri.

Kita boleh melihat dan menilai bagaimana jijiknya ISMA ini sehingga sanggup mengadakan hubungan dua hala sama ada secara rasmi atau pun tidak dengan Nadi UMNO yang kita tahu jelas perjuangan mereka tersasar dari garis panduan jemaah Islam sebenar.

Penculikan, pengambilan secara paksaan, penipuan dan lain-lain bagi adik-adik baru yang mereka katakan adik-adik ini adalah sekufu (satu fikrah) dengan mereka menambahkan lagi sikap asobiah yang ada dalam persatuan mereka. Sikap asobiah ini sebenarnya menambahkan lagi perpecahan dan benci dikalangan sesama mahasiswa/wi di sini.

Hari ini kita lihat kewujudan ISMA seolah-olah ingin memberitahu kepada umum bahawa mereka juga mampu menjadi seperti PMRAM, BKAN dan DPM. Kalau PMRAM, BKAN dan DPM mampu melakukan jaulah dan rehlah, ISMA juga mampu malah lebih baik dari mereka. Kalau PMRAM, BKAN dan DPM mampu melakukan program-program ilmiah, riadah, tarbiyah, dan lain-lain, ISMA juga mampu melakukannya. Kalau PMRAM, BKAN dan DPM tiada, ISMAlah yang akan menggantikan tempat mereka. Ini adalah dakyah secara tersembunyi daripada ISMA. Walaupun tidak dizahirkan, namun segala aktiviti mereka dapat kita rasa dan kesan.

Hari ini kita lihat satu negara Haram telah ditubuhkan. Israel sebuah negara Haram yang diiktiraf oleh Amerika telah tertubuh walaupun menerima kutukan oleh sekelian negara-negara dunia yang lain. Namun, atas dasar mereka bersekutu dengan Amerika semua yang salah jadi benar dan betul belaka. Dakyah-dakyah serta fahaman-fahaman yahudi sudah mula disebarkan disegenap bumi palestin malah diserata dunia. Sejarah pengusiran mereka menjadikan mereka lebih taktikal dalam perancanaan dan gerakan mereka. Walaupun menerima kutukan dan penghinaan namun, Yahudi tetap dengan pendirian mereka sehingga kebanyakan negara-negara bawah taklukan Amerika mengiktiraf mereka serta menafikan hak Negara Palestin di sana.

Hari ini, satu sejarah telah berlaku di bumi Mesir.Kedatangan ISMA entah dari mana, tiba-tiba muncul dengan pengiktirafan dari JPMK sudah memberi seribu satu persoalan apa sebenarnya tujuan mereka bertapak dan mengiktiraf mereka adalah salah satu persatuan yang perlu wujud di sini?. Semua mahasiswa/wi di sini perlu mengiktiraf ISMA. Hari ini penolakan terhadap ISMA cukup jelas sekali. Namun ISMA dengan pendirian mereka berada di bawah taklukan dan penguasaan JPMK.. Dakwaan-dakwaan terhadap mereka, tidak dinafikan seolah-olah ingin memberi tahu kepada semua mahasiswa/wi di sini. Inilah perjuangan ISLAM sebenar. Cukuplah kita katakan mereka adalah agen pemecah, tiada langsung jawapan balas yang mampu mereka tangani. Cara mereka masuk ke bumi Mesir ini melalui jarum-jarum dan tusukan-tusukan tajam telah mengambarkan betapa licik dan halusnya perancangan mereka.

sesibur : banyak lagi harus diteliti pasal ISMA ni. JOM kaji sama-sama. Menyusahkan orang je ISMA ni.

sesibur : kekadang kita duk sibuk pasal ISMA ni sehingga kerja kita terbengkalai. Namun, mereka harus dihapuskan. Kenapa? harus dihapuskan?. Sebab mereka dah tersasar dari Gerakan Islam sebenar.

Friday 13 November 2009

Isu Yang Tak Sudah


copy paste dari blog : http://syabrahubaidah.blogspot.com

Assalamualaikum, setelah sekian lama internet di rumah ini terputus disebabkan proses perpindahan maka hari ini Allah memberikan kesempatan kepada saya untuk terus menulis dengan penulisan yang tidak seberapa berkenaan beberapa perkara yang berlaku sejak dua menjak ini.

Pertama, kita melihat beberapa kes kejadian berlaku melibatkan JPMK, sudah banyak penulis-penulis membahaskan berkenaan perkara tersebut. Namun, sehingga kini pihak yang terbabit tidak menyatakan sebarang komen berkenaan dua isu besar yang diterima. Kutub sittah dan juga kain rentang DESAK. Saya juga telah melihat beberapa isu besar yang sepatutnya dipandang serius oleh mahasiswa/wi di sini iaitu isu yang telah dikemukan oleh Mantan Pengerusi Zaqziq, isu berkaitan visa pelajar yang sengaja dilewat-lewatkan oleh pihak safarah. Isu ini agak kritikal dikalangan mahasiswa/wi di sini. Sehingga kebanyakan mahasiswa/wi di sini tidak mempunyai visa lebih dari 2 tahun. Bayangkan, kalau kita di Malaysia gelaran terbaik untuk kita adalah Pendatang Asing/ Pendatang Haram/ dan lain-lain istilah yang digunakan. Saya berharap ada beberapa pihak dapat mengenengahkan perkara ini sebaiknya.

Keduanya, ISMA yang tidak habis-habis mengangu-gugat persatuan-persatuan yang sudah sekian lama berada di sini. Sekarang merupakan fatrah pentauzi'kan mahasiswa/wi ke setiap muhafazah, ISMA tidak akan duduk diam. Beberapa alasan yang diberikan kepada setiap dpm untuk "mengambil" pelajar-pelajar baru. Bagaimana tarbiyah ISMA sebenarnya?. Kenapa, takut sangat ke fikrah-fikrah PMRAM masuk dalam minda mahasiswa/wi baru ni?. Pelajar-pelajar yang mereka target adalah yang pernah belajar di sekolah-sekolah didikan ISMA di Malaysia dahulu. Sampai saja di Mesir budak-budak baru yang tak kenal lagi dengan PMRAM terus saja di"tarik" untuk masuk ISMA. Ya Allah malu sungguh saya lihat "tarbiyah" ISMA seperti ini hasilnya?. Sangkin takutnya mereka dengan PMRAM pelbagai alasan mereka cipta, kekadang sehingga terpaksa menipu sekalipun mereka sanggup. Mereka-mereka yang pernah bersama dalam menangani masalah ISMA ini sahaja yang tahu bagaimana ISMA sebenarnya.

Ketiga, Saya sarankan kepada setiap DPM dan BKAN agar mengadakan satu taklimat khusus "Mengapa ISMA wajib ditolak". Kekadang ada dikalangan ahli tidak mengerti kenapa harus perangi ISMA. Mereka yang berada di comfort zone (zon selesa) tentu tidak merasa apa-apa. Hanya melihat dari jauh tanpa mahu membantu. Saya juga berharap agar isu ini juga harus di bawa ke pihak JPMK bagi menjelaskan suasana sebenar yang berlaku. Kemungkinan untuk JPMK berpihak kepada persatuan bawah jajahan beliau itu adalah perkara kedua. Apa yang penting kita mahu nyatakan kebenaran. Saya juga ingin memaklumkan kepada JPMK bahawa persatuan ISMA di bawah jajahan kamu ini sangat teruk dalam tindak tanduk mereka.

sesibur : kepada budak-budak ISMA, aku tak tahu sebab apa korang benci sangat pada PMRAM sehingga budak2 baru jadi mangsa supaya jauh dengan PMRAM. kolot betul la pemikiran korang.

sesibur : aku nasihatkan kepada budak2 ISMA sekalian check balik dengan orang-orang yang alim berkenaan wajar ke korang duduk menyemak kat bumi Mesir ni.?

sesibur : kalau korang betul-betul nak bawak ISLAM maka korang takkan takut nak berdepan dengan kebenaran. Kita bukan nak berjidal sampai pecah hati. Tapi berjidal bagi menentukan sapa yang benar dan sapa yang salah. Kalau ISMA benar..aku sendiri akan sokong ISMA jika sebaliknya, aku akan TENTAN ISMA HABIS-HABISAN.