Sunday 22 November 2009

JPMK DAN ISU KUTUB SITTAH

Sekiranya kita menelusuri sebuah laman web milik jpmk. Maka, di situ telah ada jawapan balas berkenaan Isu Kutub Sittah. Saya "paste"kan jawapan balas daripada JPMK sendiri :-

Perbincangan Isu Kutub Sittah

November 8th, 2009 | kebajikan | Umum | Respon»

3 Nov 2009

Pengarah JPMK Dr Jamil Hashim telah mengadakan pertemuan dengan wakil PMRAM untuk berbincang bagi menyelesaikan isu pembacaan Kutub Sittah yang timbul baru-baru ini. PMRAM telah diwakili oleh saudara Adnan Wazir Pengerusi DESAK( Ad-hoc yang ditubuhkan oleh PMRAM bagi menangani isu Kutub Sittah), saudara Firdaus Madzlan, saudara Majdi Zakaria dan saudari Roslina Mohammad . Turut hadir dalam pertemuan tersebut beberapa pegawai JPMK dan JPA iaitu En Zulkifli Din (Atase Pentadbiran JPMK), Puan Latifah Saad (Penolong Akauntan JPMK), En Zainuddin Ab Rahman (Atase Kebajikan JPMK) dan En Muhamad Hazam Hajanan ( Pegawai Pendidikan dan Latihan JPA). Perbincangan terbuka selama satu setengah jam bermula jam 2.30 petang itu bertempat di Bilik Mesyuarat JPA Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Hasil perbincangan tersebut telah menjelaskan beberapa salah faham yang berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya ahli-ahli PMRAM berhubung reaksi JPMK terhadap program pembacaan hadis yang dirancang oleh PMRAM. Di akhir pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju secara rasmi untuk menamatkan isu berkenaan dan menganggap ianya sebagai penyelesaian terbaik demi kebaikan pelajar dan menjaga keharmonian hubungan di antara satu sama lain.

sumber : JPMK.INFO

ini adalah Jawapan balas JPMK kepada seluruh mahasiswa/wi di bumi Mesir ini. Pada awal posting tentang isu ini, terdapat komen dari Adnan Wazir selaku Pengarah Desak. Namun, amat malang pada hari semalam ketika saya mengakses laman tersebut, sudah tiada lagi komen yang telah di"submit"kan oleh saudara Adnan Wazir. Antara butiran yang saya ingat adalah,

-- > Pihak Desak sendiri menyatakan kepada JPMK bagi mengadakan perjumpaan bukan ia diadakan oleh JPMK. Kemudian DESAK ini bukan di bawah kendalian PMRAM tapi atas usaha sendiri mahasiswa/wi yang ahli PMRAM bagi menyatakan bantahan. Ini adalah perkara-perkara yang saya ingat apa yang dikomen oleh saudara Adnan Wazir selaku Pengarah DESAK. (sekiranya ada kesilapan mohon saudara adnan wazir dapat perbetulkan).

Apa yang menjadi kepelikan kepada saya, pihak JPMK dalam kenyataan ini telah menyatakan hasil perbincangan antara DESAK dan JPMK terhadap isu ini. Dalam kenyataan ini beliau menyatakan bahawa ada salah faham tetapi tidak dinyatakan secara jelas apa salah faham tersebut.

Kekeliruan juga timbul diakhir kenyataan ini, JPMK menyatakan kedua-dua pihak telah bersetuju secara rasmi bagi menamatkan isu ini. Saya masih tidak faham, kenapa JPMK boleh menyatakan demikian sedangkan DESAK bukan di bawah PMRAM. Kemungkinan kita boleh katakan secara rasmi dengan DESAK sahaja, namun dengan PMRAM masih lagi terikat kepada 3 tuntutan yang masih belum terlaksana.

Inilah beberapa kekeliruan yang terdapat di dalam kenyataan JPMK yang meragukan ini. Saya pasti pihak desak ada jawapannya terhadap isu ini. Namun ini hanyalah pandangan peribadi saya.

*Warna merah yang saya "highlight"kan merupakan kekeliruan yang timbul. Harap pihak DESAK dapat menjawab balik kenyataan daripada JPMK ini.

Laman yang boleh dilawati sebagai rujukan :-
1- www.pmram.org
2- http://desakjpmk.blogspot.com
3- http://jpmk.info

No comments:

Post a Comment