Wednesday 7 October 2009

Balas - ezoegypt

Salam - ezo :- http://ezoegypt.blogspot.com/2009/10/culikdiculik-dan-menculikbetul-ker.html

kalau kita tgk blog si ezo ni kekadang kita bg comment die tak approve comment kita. Tak pa la.

Kalau nak tahu ni blog peribadi tak da melibatkan sapa2 dalam hal ni.

aku saja nak jawab..tengah boring2 tak tau nak bt apa.

Persoalan yang harus saya jawab.Namun,izinkan saya menceritakan sedikit berkenaan isu ini dari awal.Pegawai tadbir Terengganu meminta saya untuk terlibat secara langsung dalam program sambutan mahasiswa baru Terengganu.

Saya hanya sebagai pengisi slot seperti di rumah Negeri Sembilan.Penglibatan saya BUKAN ATAS NAMA KELAB UMNO akan tetapi atas nama mahasiswa program ijazah sarjana.Untuk makluman umum,saya langsung TIDAK MENERIMA sebarang SURAT PERLANTIKAN sebagai AHLI JAWTANKUASA SAMBUTAN apatah lagi menerima sebarang habuan atau dengan bahasa kasar yang dihamburkan oleh sebahagian individu secara lisan "ORANG UPAHAN".

Saya TIDAK TERLIBAT dalam aktiviti ziarah sekitar KAHERAH,kerana TIADA SLOT untuk penglibatan saya berkenaan ceramah saya dan saya HANYA TERLIBAT di NUWAIBAK,itu pun kerana pengisi slot "PENGENALAN MAHASISWA DAN PENGAJIAN DI MESIR" pada malam 28 September 2009.Saya terpaksa mengikuti mahasiswa baru yang bertolak ke SINAI pada 27 September untuk menjimatkan kos.

Mula2 cakap PEG mintak terlibat secara langsung.. jadi.. ko sendiri mengaku.. lps tu cakap yang ko nie terlibat utk pengisi slot je.. hbs..muka ko kat mator tue? oo..lupa itu hanya nak pegi salam2 je ngan budak2 baru ni..UKHUWWAH ISLAMIAH.. ko tau tak sebab apa tak da surat perlantikan dari pegawai? walaupun pgawai mntk ko terlibat secara langsung? ini membuktikan pegawai ni tak tau protokol... mudah je..

ok lps tue.. penglibatan ko nie..membelakangi KPT..persatuan pelajar seolah2 ko nie..org johor nak masuk campur apa kes? dah la bersetongkol ngan PEGAWAI "menguruskan" (bahasa lembut) budak2 yg br sampai ni.. ko ni bdk lama..siap ambik master lg.. takkan la tak tau apa yg perlu dibuat bile bdk2 sampai..takkan la terus ke sinai/nuwaibak/taba dll... ko boleh redho benda ni??

Lps tu..kalau la ko cakap ko terlibat pengisi slot je.. takkan la die org tak cite apa2 slot? mustahil2.. aku pernah terlibat sbg adhoc ke tempat2 luar spt sinai ni..

Saya mengakui,semasa di Lapangan Terbang,saya atas nama "KELAB UMNO" hanya bersalam - salaman dan mengucapkan selamat datang disamping memperkenalkan diri seperti seorang islam sesama muslim yang lain.

Kelab UMNO... ngaku jgk ko ye.. jd pegawai jemput ko datang tu sebab die pon UMNO.. sampai tak pandang KPT.. nampak sngt la pegawai nak bt tahalluf siasi dengan Kelab UMNO.. dan ko mesti seronok giler sebab KPT akan terhumban.. mcm KPT ni anak tiri.. Kelab UMNO anak kesayangan pegawai.. mmg ko pon suka adegan cam ni..

Saya mengambil kesempatan bersalaman dengan mahasiswa baru terbabit adalah kerana atas inisiatif sendiri dan atas nama UKHUWWAH ISLAMIAH dan bukan untuk tujuan lain.Adakah salah perbuatan tersebut? Untuk mekluman saya tidak berpeluang bersalaman di lapangan terbang bersama mahasiswa baru walaupun di negeri kelahiran saya,JOHOR kerana JOHOR dikuasai oleh BKPJM yang PRO PMRAM disegenap aspek walaupun terdapat pegawai.(Saya syorkan kerajaan Negeri JOHOR menteliti hal ini dengan SERIUS dan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI harus melihat sendiri dengan turun padang).

aku taknak komen pasal UKHUWWAH ISLAMIAH...sebab dah komen.. tp.. pasal johor..apesal la nak terasa sngt.. pegawai tak nak ko.. dengan kata lembut..silalah BERAMBUS.. lps tue.. siap boleh MENGEMIS dengan pegawai tnganu.. prinsip apa la yang ko pakai.. owh lupa..kita sesama muslim..kena bekerjasama ngan sumer muslim biarpon prinsip tergadai..

ayat sebenar :

BUKAN "
Hanya pegawai TERENGGANU yang mempelawa saya untuk menyambut mahasiswa baru."

TETAPI "
Hanya pegawai TERENGGANU yang mempelawa saya untuk (MENGEMIS) menyambut mahasiswa baru.

ISMA TERLIBAT??
ISMA dan KELAB UMNO tidak terlibat dalam sambutan mahasiswa baru TERENGGANU.ISMA nampaknya diserang teruk oleh mereka yang PRO PMRAM kononnya menggugat ISLAM dan GILA KUASA.

Apahal pulak mamat ni kata tak terlibat..awal2 td kata Pegawai mintak terlibat. ni aku paste semula apa yang ko cakap..

Quote -ezo "
Persoalan yang harus saya jawab.Namun,izinkan saya menceritakan sedikit berkenaan isu ini dari awal.Pegawai tadbir Terengganu meminta saya untuk terlibat secara langsung dalam program sambutan mahasiswa baru Terengganu."

korang tgk..berbelit tak mamat ni cakap?


Jangan terjemahkan ISLAM kepada PMRAM sebab akhlak penyokong PMRAM tidak melambangkan akhlak ISLAM lebih-lebih lagi dengan tuduhan melulu pihak-pihak berkenaan menunjukkan TARBIAH PMRAM langsung TIDAK BERKESAN! Hanya politik membenci terutama sekali melalui usrah-usrah dengan naqibnya yang mengulas isu semasa dengan menghentam kerajaan BN dan menanamkan perasaan benci kepada kerajaan BN dan UMNO dalam setiap inci percakapan mereka kepada ahli usrah.

aku tak pernah nak terjemah ISLAM = PMRAM.. Islam ni agama/anutan. PMRAM ni persatuan. kalau la akhlak2 ahli PMRAM ni seolah-olah buruk.. betulkan la.. takan la dalam entri blog tu tau nak hentam jer.. cuba bg manhaj dan thoriq ISLAM yang PMRAM harus ikut..

Aik gelabah plk mamat nie biler BN di hentam dalam Usrah2 PMRAM.. lantak die org la nak hentam ke..tak nak ke.. itu pandangan hak asasi manusia..mcm ko la hentam itu dan ini.. ok plak yer.. org lain..tak boleh.. sempitnya la pemikiran ko nie..


ISMA tidak GILA KUASA kerana ISMA bukan mementingkan KEAHLIAN akan tetapi ISMA lebih mengutamakan tarbiah ahli sedia ada mereka.ISMA LANGSUNG TIDAK TERLIBAT dalam program sambutan mahasiswa baru TERENGGANU baru-baru ini.

betul tue..tapi ahli2 ISMA terlibat secara langsung...dan aku tgk penulis ada sebut..die hanya bercakap pasal budak ISMA dan N.UMNO yg terlibat jer..jangan gelabah la bro..


Lebih dangkal lagi, penyebar berita tidak menyiasat kesahihan berita yang diterima dengan mengatakan bahawa saudara MUSTAKIM adalah PENASIHAT ISMA.Ustaz Mustakim adalah ORANG TERENGGANU dan BUKAN AHLI atau PENASIHAT ISMA.Sebagai seorang SENIOR,adakah salah pegawai Terengganu meminta khidmat beliau sepanjang program?

yang ni aku taknak komen..aku tak kenal mamat mustaqim ni sapa.
Terkenal pun,bukan boleh jadi YB Kaherah atau TANTA.Ezo tiada kerakyatan Mesir.Kita berbaik dengan semua orang kerana ukhuwwah yang dianjurkan oleh ISLAM.Bukan seperti "orang tuh",hari raya pun nak cari gaduh! Konon tak minta kebenaran YDP Johor jadi isu! Bukankah RUMAH JOHOR milik kerajaan JOHOR ? Pegawai JOHOR,ustaz Hanif, adalah pegawai JOHOR di Mesir.
Baru aku tahu..rupanya dalam rumah johor ni HAK KERA JAAN joe hour.. lps tue..aku nak tanya gak.. BKAN johor ni persatuan asing ke? sampai tak bncng langsung? ko tgk la semula direktori organisasi persatuan nie.. ko ni mcm tak pernah balik BKAN jer.. owh lupa.. ko kan duduk kat complex pahang skrn ni.. (kalau tak silap la).

Maka,harta KERAJAAN JOHOR di Mesir adalah dibawah penyeliaan pegawai berkenaan dan bukan MAMAK YDP!!!oppppsssss lupa,mungkin budak baru baligh,kot tak reti ISTILAH "HARTA KERAJAAN atau BUKAN HARTA BAPAK KO YANG PUNYA".Kalau ikut kes JOHOR nih,"orang tuh" tak usah penat-penatkan tangan menekan KEYBOARD taip yang bukan-bukan,ISMA sudah "BERI SALAM" masuk rumah melalui pegawai.Cukup sopan saya kira!!!

korang nampak tak? mamat ni selamba mulut mak bapak die jer.. kutuk org... sopan ke masuk rumah org..dalam tu ada organisasi pelajar..pastu ikut jalan mudah.. jumpa pegawai.. tanpa tanya kat persatuan pelajar.. mcm kita nak gie pej Kelab UMNO tanta..tp.. kita terus masuk dengan alasan.. Najib dah bg kebenaran.. selamba mak bapak jer masuk ye..
KENAPA ISMA DISERANG
Saya lihat ISMA diserang di segenap penjuru.Ini adalah melambangkan KETAKUTAN PMRAM dan PENYOKONGNYA terhadap ISMA.ISMA pula berdiam diri kerana mengambil langkah yang positif tidak mahu melayan sebarang provokasi.

Aku tak pernah plk tgk kenyataan PMRAM mengatakan mereka ketakutan ngan puak2 ISMA nie.. tak pernah plk presiden PMRAM kuar kenyataan apa2 pasal isu ni. Individu je yg kluarkan kenyataan.. ko ni kan.. bile yang bercakap tu org PMRAM..terus nak nisbah kan pada PMRAM.. kalau budak2 nie bg kenyataan individu pasal N.UMNO or ISMA.. ko plk gelabah kata.. Kelab UMNO tak terlibat.


ISMA lebih dilihat mementingkan urusan dakwah dan tarbiah mereka.Sikap pemimpin mereka sangat tawadhuk dan bersopan santun.Ianya melambangkan betapa berjayanya tarbiah ISMA dan selayaknya mereka digelar BERAKHLAK dengan AKHLAK yang mulia seperti yang dikehendaki oleh ISLAM.Berbanding PMRAM dan juak-juaknya yang bertindak secara melulu.

ko nie..tak hbs2 nak kaitkan PMRAM ..padahal PMRAM tak da cakap apa pon.. ISMA tarbiyah yang berjaya? kalau berjaya la.. aku dah masuk ISMA.. dan seluruh azhari-azhari termasuk ko..akan masuk ISMA.. ezo..ko masuk la ISMA..ko sendiri ngaku tarbiyah die org berjaya.. org yang bodoh jer akan tolak benda baik bila dia dah tahu benda tu baik...

Yang ada hanya bertegur sapa antara satu sama yang lain atas dasar ukhuwwah islamiah dan tanpa sebarang agenda persatuan.Perjumpaan yang disengajakan jika terlihat di mana-mana atau KEHADIRAN KELAB UMNO dalam program anjuran ISMA adalah secara perjumpaan peribadi dan ukhuwwah islamiah.Setakat ini,saya hanya menghadiri program hari raya aidilfitri anjuran ISMA atas dasar UKHUWWAH bukan PAKATAN !!!!
MasyaAllah hebatnya Ukhuwwah Islamiah antara ahli dua persatuan nie.. Tak pernah ada kerjasama.. tp Ukhuwah antara mereka hebat.. gua respect la sama korang.. tabik beb!!.. bila ISMA bt prgrm geng2 ISMA datang..maklumlah..nak berukhuwah.. sama gak ngan ISMA nak berukhuwah.. Teguhkan Ukhuwah..elakan PAKATAN.


Semakin ISMA diserang dan ditekan,ISMA sebenarnya semakin KUAT dan MAJU.Saya bukan ahli ISMA,tapi saya mengaku,seorang yang KAGUM dengan ISMA........

semakin PMRAM diserang dan ditekan,PMRAM sebenarnya semakin KUAT dan MAJU. Semakin ISMA memecah belahkan mahasiswa/wi sebenarnya semakin JATUH dan Tersungkur ISMA sebenarnya.. Saya bukan ahli ISMA, tapi saya mengaku, seorang yang KAGUM dengan PMRAM..... Saya bukan ahli ISMA, tapi saya mengaku,seorang yang KAGUM dengan "liciknya" agenda ISMA....

--- aku tiada ingin menyebelahi mana-mana pihak-- aku hanya sebatang kara-- tiada bertempat untuk aku tauti-- sebagai individu yang bergerak di dalam kelompok masyarakat yang pelbagai ideologi-- sebagai memberi pandangan atas dua pertelagahan yang menyayat hati-- menuduh dan dituduh memang perkara biasa di dunia ini-- tetapi hanya perbincangan sebagai noktah dan kalam penutup sebagai penyeri-- berpendirian dalam memberi pandangan sedang pandangan dihalusi benang kebencian dari hati-- suburkan ia dengan ukhuwah kerana Ilahi-- bukan sekadar hanya berbicara berkenaan ukhuwah agar bersemi-- tetapi haprak dalam tindakan dan jati diri--

p/s : kalau perkataan aku, gua dan lain2 tidak serasi di dalam pembacaan ini. sila ubah mengikut kesesuaian sendiri.

No comments:

Post a Comment