Thursday 15 October 2009

ISMA vs PAS

Pada 11 Oktober 2009 baru-baru ini, satu program yang bertajuk Ceramah Perdana Mengenai Isu Tanahair telah berjaya diadakan oleh satu NGO bebas Gerakan Suara Rakyat. Program tersebut telah berjaya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada mahasiswa/wi di bumi Mesir ini. Apa yang saya ingin perkatakan di sini, minda mahasiswa/wi kita pada masa kini telah terbuka dengan adanya program semacam ini. Kita bukan saja di bentangkan dengan ilmu-ilmu agama tetapi kita juga perlu dibentangkan dengan hal ehwal keadaan yang berlaku di Malaysia sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pihak Pakatan Rakyat.

Dalam program yang dianjurkan ini, saya tertarik dengan dua penceramah undangan iaitu Ustaz Fauzan (angah) dan Us Taib Azamuddin. Mereka berdua telah menceritakan peranan mahasiswa/wi dalam membentuk sebuah negara Islam di Malaysia nanti. Perkara lain yang juga disebutkan oleh mereka adalah PMRAM. Mahasiswa/wi di sini harus mendokong dan menyokong PMRAM sebagai sebuah persatuan pelajar di sini. Beliau juga menyatakan "ada persatuan-persatuan lain cuba masuk campur dalam isu kedatangan mahasiswa/wi baru di sini (tak tau la persatuan mana, pikir2 la)". Kalau kita lihat sebelum ini Dr Hassan Ali juga meminta seluruh mahasiswa/wi di bumi Mesir ini membantu dan menyokong PMRAM ramai lagi pimpinan-pimpinan daripada PAS dan bekas pimpinan PMRAM di sini meminta agar kita mendokong dan menyokong PMRAM. Mesej ini jelas kepada kita, persatuan lain adalah tertolak sama sekali. Apakah mesej ini masih kurang jelas?. Kenapa ISMA, ABIM, JIM, dan lain-lain persatuan yang menyatakan mereka menyokong PAS tetapi tidak akur dengan permintaan daripada pimpinan mereka sendiri. Saya akur, disebabkan ramai pimpinan-pimpinan PAS menyatakan agar mahasiswa/wi di sini menyokong PMRAM seolah-olah meletakkan PMRAM sebagai sebuah agen Pembangkang. Ini adalah dakwaan-dakwaan yang jauh tersasar. PMRAM membawa wadah Al-Quran dan As-Sunnah, berkecimpung dalam dunia organisasi kepimpinan, perkara ini saya rasakan amat digeruni oleh kerajaan. Seolah-olah apabila pulangnya mahasiswa/wi yang mengaji agama di sini ditambah pula aktif dalam persatuan akan memberi impak yang besar kepada kerajaan. Walhal perkara ini seharusnya kerajaan memandang dengan positif sekiranya mahukan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai ulama' yang bukan sahaja mahir dalam bidang agamanya malah mahir dalam bidang pengurusannya. Ramai daripada pimpinan kerajaan pada masa ini kita lihat adalah bekas daripada pimpinan-pimpinan mahasiswa/wi satu ketika dahulu.


Isu ARMA. PMRAM yang sekian lama ditubuhkan di sini juga diberi keistimewaan pemberian tanah di ARMA. Tidak pernah mana-mana negara mendapat milikan tanah secara percuma daripada kerajaan sesebuah negara termasuk di Malaysia. Keistimewaan ini telah dinafikan hak oleh kerajaan Malaysia. Satu tindakan yang sangat jahat dan busuk daripada kerajaan dalam mencampuri urusan ARMA ini dengan rampasan yang tidak bermoral.

Hari ini juga kita melihat pihak kerajaan menyekat kedatangan mahasiswa/wi ke Al-Azhar, pihak Pakatan Rakyatlah telah banyak membantu dan menyuarakan rasa tidak puas hati berkenaan perkara ini. Perkara ini juga menyebabkan mahasiswa/wi kita begitu muak dan tidak senang hati dengan tindakan kerajaan berkenaan hal ini. Siapa yang memulakan rasa benci kepada kerajaan?. Kalaulah kerajaan menitik beratkan hal ehwal mahasiswa/wi Al-Azhar terutamanya hal ini tidak akan berlaku sama-sekali. Berkenaan biasiswa juga bermasalah, tidak perlu saya ceritakan. Berkenaan isu Nadi UMNO juga mendatangkan masalah yang sama, kerajaan meminta agar mahasiswa/wi tidak berpolitik tetapi sebaliknya berlaku. Perkara-perkara menekan kepada mahasiswa/wi Al-Azhar ini menampakkan dan menambah rasa benci dan muak kepada kerajaan.

Sahabat-sahabat daripada ISMA, saya menyeru apakah kalian masih lagi bergegang teguh dengan "agama ISMA" kalian? tidak nampakkah mesej-mesej daripada pimpinan di Malaysia?. Apakah kalian juga merupakan agen UMNO sehingga mesej-mesej daripada pimpinan PAS diketepikan?. Sikap yang kalian lakukan pada hari ini jelas menunjukkan tersasarnya hadaf dan tujuan yang diminta oleh Islam itu sendiri. Saya masih lagi bingung kenapa ISMA ditubuhkan walhal PMRAM sebagai proksi utama telah ada. Saya yakin sekiranya wadah Al-Quran dan As-Sunnah yang kalian dokongi, perkara seperti sekarang ini tidak akan terjadi. Kalaulah kalian masih tidak mempercayaai kalam-kalam mahasiswa/wi di sini tidak mengapa, tetapi kalam-kalam daripada ulama'-ulama di Malaysia(pimpinan PAS) dengan jelas telah disampaikan. Fikir-fikirkan lah. PMRAM dengan sikap terbukanya tidak akan menolak kalian sekiranya PMRAM sebagai organisasi Islam yang perlu diletakkan intima' wala' sepenuhnya. Soal kesatuan adalah perkara utama dalam sesebuah organisasi. Moga-moga Allah menjadikan kita daripada kalangan mereka yang faham dengan sebenarnya mana satu organisasi atau persatuan Islam yang sebenar di bumi Mesir ini. Amin..ya rabbal a'lamin.

1 comment:

  1. PMRAM or ISMA adalah nama semata2

    nak berdakwah ada macam2 cara.sila bagi support kepada semua badan dakwah kerana semua matlamat adalah sama.jgn ada yg mencari point untuk berpecah tapi carilah point untuk bersatu. kukuhkan persaudaraan.yang x sama berlapang dada.itulah sikap orang islam yang bijak.

    ReplyDelete