Tuesday 13 October 2009

JPMK CAMPUR TANGAN PADA MAJLIS KUTUB SITTAH?

PMRAM dalam usaha yang harmoni dan baik serta cukup memberi impak yang besar kepada ahli PMRAM sendiri telah cuba mengadakan satu program yang dinamakan Pembacaan Kutub Sittah. Pembacaan Kutub Sittah yang akan dijalankan pada 17 Oktober ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada seluruh ahli PMRAM secara khususnya. Saya dimaklumkan kouta kehadiran ke program ini telah ditambah disebabkan kebanjiran mahasiswa/wi yang ingin menyertai program yang baik ini, walaupun begitu masih ramai lagi mereka-mereka yang ingin menyertai namun, kouta yang terlalu ramai ini terpaksa ditutup awal. Program ini pada saya, sewajarnya mendapat sokongan dan dokongan sepenuhnya daripada seluruh pihak di Mesir ini samada daripada pihak Al-Azhar, JPMK, Pegawai-pegawai Negeri, BKAN-BKAN, seluruh DPM dan pihak-pihak lain. Ini adalah bagi mempastikan mahasiswa/wi Malaysia mempunyai rasa sayang pada ilmu-ilmu agama, menghormati ulama'-ulma' Islam dan menghilangkan rasa kejahilan yang ada pada diri-diri mereka.

Pada tarikh 12 Oktober 2009, satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh PMRAM selaku penganjur program ini, dalam kenyataan tersebut PMRAM telah menyatakan bahawa pihak JPMK telah cuba mengagalkan program ini. Hal ini telah mengecewakan ramai pihak terutama bagi mereka yang telah mendaftarkan diri sebagai peserta bagi program yang gilang-gemilang ini. Saya yakin PMRAM tidak akan mengeluarkan kenyataan melulu tanpa bukti bagi memberi tahu keterlibatan JPMK dalam mengagalkan program ini.

Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan diadakan pada 17 -20 Oktober 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).- Keratan Kenyataan Rasmi SUA PMRAM-
Saya melihat, usaha daripada JPMK ini telah menunjukkan sikap seolah-olah ingin menjauhkan mahasiwa/wi di perlembahan nil ini daripada mendekatkan diri mereka dengan majlis-majlis ilmu. Saya juga mencari sebab musabab kenapa majlis ini harus dibatalkan? seharusnya ia disokong dan disambut dengan sebaiknya oleh JPMK, tetapi cubaan untuk mengagalkan pula yang diterima. Beberapa persoalan saya kepada JPMK berkenaan perkara dan stiuasi yang belaku ini, kenapa pihak JPMK harus mencampuri urusan program anjuran PMRAM ini?, apakah PMRAM menjalankan atau menjemput ulama'-ulama' azhar yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Mesir?, adakah PMRAM telah melanggar prosedur perundangan Mesir sehingga sanggup pihak JPMK mengeluarkan surat bagi cubaan mengagalkan program ini?. Saya pasti, seluruh ahli PMRAM akan terpinga-pinga dengan tindakan ini, sekiranya tiada makluman rasmi dari pihak JPMK berkenaan perkara ini. Ahli PMRAM juga tertanya-tanya berkenaan kenapa pihak JPMK harus campur tangan dalam pengendalian bagi program ini, sedangkan program ini ajuran PMRAM tiada kerjasama dengan pihak JPMK.

Mahasiswa/wi yang dihormati, ada sesetengah ahli yang pertikaikan perkara ini. Saya ambil coretan kata-kata mereka daripada shutbox blog us Hairul Nizam Mat Husain selaku Penasihat PMRAM sesi ini, kata beliau " Pemerhati : Lagipun byk juga program ilmiah yg JPMK restui mcm penutup daurah saifiah kat ARMA dulu " membandingkan waktu dulu dengan waktu sekarang, waktu dulu JPMK pengarahnya bukan Prof Jamil waktu sekarang pengarahnya Prof Jamil inikan juga tampak bezanya. Ya Akhi, sekiranya setiap program yang dilaksanakan PMRAM perlu mendapat restu daripada JPMK adakah ini betul? bertepatankah dengan prosedur persatuan? PMRAM langsung tidak pernah dan selamanya berdaftar dengan JPMK. Hubungan antara PMRAM dan JPMK tidak pernah bermasalah sebelum ini, tetapi bila timbul isu PMRAM sedikit tidak bersetuju dengan tindakan JPMK baru-baru ini (merujuk kepada Majlis Kutub Sittah), ramai ahli yang pro kepada JPMK marah kepada PMRAM. Betulkah sikap ini? JPMK tidak boleh ditegurkah?. Siapa yang ta'asub sekarang ni?. Adakah kenyataan rasmi PMRAM menghentam JPMK?. Cuba baca dengan teliti kenyataan rasmi PMRAM.

Saya rasa kita perlu menunggu kenyataan secara lengkap daripada pihak penganjur (PMRAM) pada 15hb Oktober 09 ini seperti yang telah dimaklumkan oleh Us Adlan.

Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009. -Kenyataan Rasmi SUA PMRAM-

Semoga tiada tafsiran buruk daripada mana-mana pihak samada kepada PMRAM dan JPMK sebelum tarikh 15hb ini. Bagi saya mereka yang menganjurkan program berhak bekerjasama atau tidak bekerjasama dalam menjayakan program ini. Hak ini tidak perlu dicampuri oleh mana-mana pihak selaki mana tiada jemputan atau perlawaan daripada pihak penganjur. Untuk masa ini, cuba kita beranggapan kemungkinan ada "masalah teknikal" yang berlaku. Moga-moga "masalah teknikal" ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Saranan untuk kita solat hajat secara khusus daripada Penasihat PMRAM harus diteruskan bagi mempastikan "masalah-masalah teknikal" ini dapat diselesaikan dan kita dapat bersama-sama menjayakan program ini dengan sebaiknya.

Mari kita sama-sama solat hajat. Moga urusan ini dipermudahkan dalam mempastikan mahasiswa/wi kita cintakan ilmu agama dan mengamalkannya dalam sanubari mereka. Amin.. ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment